Pengikut Tersayang

No Kamu

Thursday, 29 November 2012

My Housemates


Assalamualaikum..

Sekarang bercerita pulak pasal teman seperjuangan aka housemate aku aka akak-akak penasihat terunggul aku. Hehee.. Start masuk Sl1m ritue~maleh nye nak menyebut perkataan sl1m nie, tawar hati~ diorang lah kawan sesenang dan sesusah aku kat keyyell nie. Nak kata takde sedara ramai jek makcik pakcik dok keyel nie tapi tah napa aku tak tergerak pon nak jenguk or melawat diorang. Ehmmm.. diorang pon tak mempelawa aku dok ngan diorang pon.. kalau diorang pelawa aku nak jek tinggal 2,3 hari melepak kat umah diorang. Tah lah weyhh.. lagipon aku lagi senang bawa diri hidup berdikari sikit jangan nak manja sangat cik kak oi cuba jadi orang dewasa! Ewahh emo plak tetiba.. hahaha..

Houmates aku nie pangkat akak – akak semua sebab diorang lebih berumur sikit dari aku. Tapi semua taknak aku panggil diorang akak.. Why arr.. Besh per panggil akak sebab macam dah dekat jer nak kawin gituh. Hahaa.. gatal!

Yang paling senior merangkap kak long kawasan umah aku lah tue kan.. hehe.. Imsahaida bt Mohd Naim diberi nama (EIM). Berumur 26 tahun dan berasal dari Machang Monte Carlo.. Cantik orangnya tapi sayang telah dimiliki secara non official beberapa bulan yang lepas. Terlepas nak jadikan akak ipar. Wahh.. Heee..

Kak Ngah plak bernama Nurul Huda Bt Yusoff (HUDA). Berumur 25 tahun muda belia lagi dan masih di atas pagar samada di hati sudah berpunya atau belom.. Huh.. Berahsia sungguh kakak sorang nie. Berasal dari Tumpat Los Angeles. Haihh.. Overseas belaka. ;p

Yang ketiga nie plak tak tawu lah aku nak gelarkan dia kak ape.. Kak Teh mungkin sesuai kot.. Kamilah Bt Kasim tuan empunya nama (MILA). Berumur 24 tahun dan mempunyai adik yang ramai. Tak ingat aku yang mana satu aku nak bayangkan bila dia bercerita tentang adik nya. Rezeki family besar, bahagia macam aku.. heee.. Pon berasal dari overseas, Kuala Terengganu Cape Town.

Tiga orang nie semua kelulusan UUM Sintok Kedah.. kira junior abang dan kakak aku lah nie.. Aku sorang je dari Uitm tapi dulu ada sorang dak umah aku nama Izzati, dia dulu pon graduateUitm, Finance gak..skarang dia dah quit and dapat kerja kat Tabung Haji. Bagus dia kuar awal. Tepat keputusan dia! So bila diorang borak borak sesama tak kisah lah pasal U ke pasal makanan ke pasal hati perasaan ke aku mampu melopong je sebab satu yang diorang cerita tue aku tak kenal tapi diorang semua kenal, dan kedua sebab terutama mungkin aku dok menganga coz diorang terlalu laju dan pantas berkata-kata sehingga aku tak dapat tangkap apa yang diorang cakap. Walahhh! Maybe aku perlu menelan berbotol budu dan berbatang keropok lekor baru leh bersaing hebat bercakap ngan diorang.. Hewheww..

Diorang nie baik-baik belaka.. semak sokmo.. wahh.. sentiasa menghulurkan bantuan bila aku memerlukan. Kadang –kadang aku memang tak nafikan aku banyak spend masa ngan Encik Syafiq tapi diorang tak pernah pulaukan aku, taknak kawan ngan aku.. Hee.. kami bergelak ketawa, sedih sesama dan kadang-kadang menjerit sama-sama pon yee. Dah nama pon satu umah kan. Kemana je kami boleh dikatakan sentiasa bersama, selamanyaa selamanya selamanya Harimau Malaya..Oleleleelaa oooo oleleleelaa hahahahaha.. Auwmmm.. Eh nasib baik Malaysia menang lawan Loas malam tadi kan.. Aku lah tue yang memakak tak hingat menjerit-jerit suruh si Safee Sali golkan. Dah payah sangat sepak tanduk tak gol. Geram taw. Huh..


Jom layan pict yang sempat di snap snap snap..










 Okeh korang.. Papaiii... ^_^

Misi Utama Terkubur (Nada Sedih)

Assalamualaikum..


Eh ehh.. dah lame puloks tak menghupdate cerita terbaru kat sini kan.. windu lahh.. heeee... Nak kata bizi memanjang tak de lah sangat sebab start dua minggu yang lepas aku dah takde kerja nak disudahkan. Melangak jer datang kerja. Maybe bizi mencari kerja sebagai misi utama untuk datang kerja.

30 november nie aku dah tamat contract ngn Telekom. Khabar buruk melanda sebab pihak pengurusan tak dapat sambung kontrak aku dan rakan-rakan yang lain. Sangat  sedih wey! Katanya pembekuan untuk pengambilan luar ke telekom terpaksa dikuatkuasa atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Walah walahh.. aku n the geng memang sentap tak hingat lah bila dapat email pembekuan tue. Mana tak nya benda yang diharap sangat sejak kami join SL1M nie tak terkabul. ;(

Selingan jap gambar penghibur hati yang lara.. Taken on 24 November kat Sungai Changkit kot ape tah nama sungai tue aku tak ingat.. masa nie konon nak buat renion for Slimiansss yang tinggal sekerat dua jek nie.. Huehuehuee..



Okeh balik tajuk utama..


Orang tua-tua aku pesan ada 3 sebab kenapa doa yang selama nie kita hajat kita mohon masih tidak termakbul lagi, lebih kepada Allah masih simpan doa kita tue. Sebab pertama kerana jika Allah makbulkan hajat kita mungkin perkara yang kita inginkan tue mendatangkan mudarat kepada kita. Sikit kebaikan dan lebih banyak keburukan kepada kita. Menjadikan kita lebih jauh dari-Nya. Sebab kedua mungkin hajat yang kita pinta tue tidak setanding dengan qada dan qadar yang Allah tentukan untuk kita. Allah maha mengetahui mana yang terbaik untuk masa hadapan nanti. Allah mahu beri kita yang lagi baik dari apa yang kita hendaki. And the last reason why your ‘doa’ still tak termakbul lagi mungkin kerana sejarah atau masa silam kita. Kita pernah mengecewakan orang, lebih kepada perasaan sesama manusia terutama mak bapak kita. So cepat-cepat mintak ampun dan jaga hubungan sesama manusia. Haaa jelas sekarang.. Uwaaa.. ada hikmah disebailk semua nie kan..  ;(

Member aku semua memang maha dansyat lah mencari kerja skang.. setiap hari attend interview. Ada sorang tue pagi petang pergi interview. Punyalah nak kerja tue kan. Aku tak terkecuali lah mencari kerja dan pergi gak lah interview itupon kalau dipanggil. Huhu.. untuk korang yang dah ada pendapatan kerja tetap skang nie tadah tangan lah cepat-cepat bersyukur kepada Nya sebab korang antara insan terpilih sebab rezeki setiap bulan dah ada. Aku till now masih mencari dan mencari lubuk-lubuk kerja yang boleh buat aku bahagia pagi dan petang, stress kat tempat kerja tak ape jangan terbawa sampai ke rumah.. ewahh. . Nampak tak nada memilih tue.. hahaa.. juz kidding!


Jauh kat sudut hati aku nie memang masih berharap dapat serap jadi permanent sampai lah saat nie aku tak berhenti berharap. tapi dalam masa yang sama aku kene terima dan redha dengan setiap apa yang ditentukan Allah. Petik kata-kata sorang member SL1M aku 2hari lepas......





Okey lah sayang sayang sekalian.. Cukup lah kot aku coretkan sikit sebanyak tidak  kisah aku tok bulan nie.. wait for the next entry yaaa! Papaiiii...


Friday, 9 November 2012

Pemadangan Yang Tersangat lah Awesome!

Assalamualaikum...


Ehhh..Rasa rindu pulak kat belog nie.. Dah lama tak mengupdate entry baru.. Asyik membalas kunjungan and baca-baca entry rakan blogger yang lain je.. Kang bersarang balik blog aku nie aihh.. Hehehe..

Aku ase kali nie aku nak bagi mata-mata korang terbeliak sket tengok gambar -gambar yang aku dapat dari inbox aku semalam.. Hagak terhebat lah aku rasa sape yang tangkap gambar nie.. Mantop..

So lets check it aaauttt..............




















Sangat terbaikkk!!!

Monday, 29 October 2012

Doaku..





~Selamat menyambut Hari Raya Korban.. 
Menghayati makna pergorbanan jiwa dan harta ke jalan Allah..
^_^

Aku Pelupa !!


Assalamualaikum..

Aku Pelupa keeee kamu yang pelupaaa...
Macam kamu yang lupa..
Tapi aku pon sama
Tak ingatkan kamu..
Kan aku yang patut lagi ingat
Benda-benda macam nie..
Aku perempuan
Kamu pulak lelaki..

Mesti pernah dengar kan..
“Lelaki nie lemah kalau bab mengingat tarikh-tarikh penting nie
Contohnya tarikh ulang tahun perkahwinan
Ataupun tarikh lahir sang pasangan
Biasalah kan
Lelaki mana suka ingat nombor- nombor nie
Alergik katanya..Hewhew..
Selalunya perempuan yang lagi ingat tarikh-tarikh istimewa
Perempuan kan makhluk istimewa lagi terindah..”

Tapi aku kan perempuan
Kenapa aku pon boleh lupa..
Sama dengan kamu
Dan..
Adakah aku dah tergolong dalam kumpulan itu..
Kumpulan yang Dr M pernah mention kan
Melayu Mudah Lupa..
Melayu Mudah Lupa..
Lupa jugak nak ingatkan kamu..
Malu nya akuu
Tengok blog baru pasan baru tawu..
Itupun selepas berberapa jam lalu
Mentelaah ke blog rakan-rakan yang lain dahulu..
Maaffin aku..
Maaffin aku..
Yang semalam adalah..

Anniversary aku dan kamu...



Happy Anniversary Sayangku..
Sang Pencinta Hatiku..
Aku Sayang kamu..
Hikhik..
Maluuuuu...




Wednesday, 24 October 2012

Burger Bakar Kaw-Kaw Nyummehh!


Assalamualaikum..


Encik Syafiq awal-awal pagi dah kejot bangun..6.20pagi kot.. Takot aku tertinggal subuh pesannya.. Alahai awak.. pagi sangat lah.. Tak puas tido lagi taw.. Tengah mimpi Aqasha jadi imam muda tuu.. dan nak mimpi Fizo Omar jadi ofismate lak tetiba deringan bery-bery ku mengganggu.. Uwaaa... Nak tak nak kena bangon gak walaupon ntah mengeliat untuk keberapa kali tah.. Thanks awak coz kejotkan saya and lain kali kejot lah awal lagi.. Pukul 5 lak yee.. Saya suke sangat taw.. Huhuu..

Petang nya~Aku balik keje dan usha dak umah aku semua tapaw nasi.. Wahhh asal tak habaq awai-awai nak tapaw cik akak oii.. Yang aku lak takde sebarang bekalan makanan pon untuk mencekik malam kang.. Nak makan ngan sape aku malam nie.. Aku terus menjalankan tugas aku.. Memujuk My Syafiq datang malam nie tak kira okehh kene datang gak untuk teman aku dinner.. Pastue aku bagi ayat pancing sket nak belanja dia makan burger bakar..Alah sebagai pemangkin semangat dia nak datang jenguk aku malam nie..Dia pon setuju tanpa bantahan..  Yes! muehehehee..

My Syafiq cakap ada satu cawangan baru Burger Bakar kat area tempat tinggal aku tuu.. Burger Bakar Kaw-Kaw katanya.. aku memang dah lama mengidam burger bakar Kaw-Kaw nie..Sebab burger bakar nie lah perintis kepada burger bakar yang lain.. Mula-mula dulu diperkenalkan before yang lain muncul bak cendawan lepas hujan.. Aku teruja gak nak try yelah selama nie tengok kat tv jee pasal kesedapan burger nie.. Sampai ada yang cakap nak mengunyah kat mulot pon takkan muat.. Wauu.. Besar betol lah kan! Wajib lah teraii kan.. Hewheww..

Sangat ramai kot nak menunggu turn order.. Sempat gak lah air aku abis separuh. Borak-borak ngan My Syafiq untuk hilangkan buhsan sampai tak tawu dah nak borak apa lagi.. Walah.. Tapi sebab nak rasa burger nie punya pasal kena gak bersabar penuh ikhlas.. Hehehee..

Menunggu dengan penuh ketatasusilaan.. =p


...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

Dan masa yang ditunggu dan diidam telah muncul.....

 Yang nie My Syafiq punya.. Ape tah nama dia..

 Chicken Cheezy Double Kaw Kaw kot
Memang tak muat nak masuk mulot weyh..
Price: RM11.50





Yang nie plak khas dibuat untuk aku.. hehehee..
Beef Cheezy Meleleh tak hingatt..
Price: RM 10.50




Yang nie adalah side dishes dia.. Hanya topup RM 3 sahaja lagi..
Melelehh kot chees dia dan dihidang masih panas-panas lagi..




Usha-usha belek-belek dulu before meng'Gapp'




Perghhhh ditekan-tekan pon masih menebal lagii
Tak percayalahhh..




Pastue baru lah boleh tersenyum simpul menyimpul bila 
burger dah ready terhidang
Jemput Makan..
Hehehee...




Rasanya boleh ditahap membanggakan dan aku rasa lagi sedap burger bakar Kaw-Kaw nie dari burger bakar brand lain..Mantop! Sorry Abang Burn saya dah tak berminat untuk rasa burger bakar anda lagi... Mueheehe...


Ok babaaiii... ^_^



Lapan inchi??

Assalamualaikum..

Tetiba petang smlm mak aku kol.. Pada mulanya bertanyakan kesihatan dan keadaan aku di perantauan nie.. Bondaku tue macam selalu lah kan.. Pertanyaan nye kadangkadang leh buat aku tersentap.. dan setiap kali bergayut ngan beliau tak sah kalau tak dengar suara sedih nya itu.. Sedih mendengar diriku ini jauh dengan dia.. Hmmm... 

Tapi yang sentap menyentap yang mak aku tanyakan kali nie adalah mengenai harta permberiaan kakak kandungku hari raya tempoh hari yang masih tersadai kat bilik di rumah kampung halaman..Thanks akak terchenta..budimu ku kenang sampai bila-bila..heee..Tapi mushkil Acaner mak boleh nampak aku still tak sentuh pemberian tersebut?! Macam dah sorokkan dalam baik-baik kat bawah katil..konon-konon dah ku angkut sekali ke keyyeell nie..Alahai.. Dan harta tersebut ialah kasut yang dikatakan fesyen terbaru lagi sensasi di abad ini seperti yang akak aku war-warkan.. Dah bape bulan yaa.. Tiga bulan lah kot kasut tue terperuk kekal kemas dalam kotak dia lagi.. Patutlah mak aku marah.. Tak berusik katanya.. Hewheww...

Jangan mak aku pergi gosok kasut tue tiap-tiap hari sampai berkilat sudahh.. Sayang katanya.. Baik lagi bebel nya...


Walahhh.. 



Walah-walah..



Walah weyhhh...





Mak.. kasut macamnie kene tunggu berat adik 49kg baru adik pakai.. Ye mak yeee... Ngehngehhh...


Aku lagi selesa kalau merayau dengan sepatu tersarung di kaki jenis flat or selipar jek.. Wedges pon aku tak prefer sangat sebab tak selesa katanya takot melecet . Hehehee




Langkah makin panjang bila kasut nie tersarung.. 

Ok babaaii.. ^_*



Tuesday, 23 October 2012

Kerja Bertimbun-timbun bun bun


Assalamualaikum..


Banyak nya kerja aku.. Semua nak kena buat!! Semua nak kasi settle before cuti raya! Excell lak lembap macam kura-kura nak respond data aku..Arghhh fedupp sangat taw dengan kau wahai Excell.. Menci menci menciiii!!!





Bila muka dah start serius buat kerja rakan sekeliling pon tak diendahkan.. Alahaiii.. Maafkan saya wahai akak dan abang sekalian.. Kakak ku semua, Naik cuti nanti kita gosip-gosip ketawa mengekek ikan kekek lagi yaa.. Sobsobsob.. Sedih xdapat join diorang  shoping kat KWC.. Menci kau wahai kerja..  Grrrrrr.....


Psss~ Mood nak balik raya.. Actually rindu kat kampung halaman.. Hmmm...


Thursday, 27 September 2012

Yokk Ber'Google Plus' sampai berpelas-pelas Yokkk!!


Assalamualaikum..

Masuk jam nie ntah bape kali aku menguap.. Haiseyy acaner nk tunggu sampai pukul 5.30 petang nie.. Tadi before rehat bukan main berjanji dalam hati bagai nak tido nak tido time rehat.. Sampai masa huhh.. Cakap tak serupa bau.. Pergi gak melantak.. Merayap gak ke blog-blog femes seantero dunia.. Aiyooo.. Mau tidur lah ini jam! Huuu
Kadang-kadang tersenggut-senggut gak kepala aku nie.. Mana tak kuyu mata cik adik tuan puan sekalian berjam-jam tengok papan monitor neh dengan nombor-nombor yang sama jek.. Mau tak melentokk.. tapi barjaya lah mengcover balik before orang lain nampak.. Cara tak.. Hehee.. Sesekali aku tengok gak lah satu website nie yang setakat nie cemerlang menghilangkan ngantuk aku.. hehehe.. Aku tak pasti lah kan sama ada benda alah nie dah lama wujud ke idak kt Malaysia nie or aku yang tertinggal ketapi tak menahu pasal dier.. hehee..

Google Plus nama diberi.. Function dia sebijik sejiban macam Facebook.. Maybe lebih canggih sket sebab dia ada Hoodle dan juga Hangout.. Kalau kt Facebook kita-kita nie suka sangat menekan ‘Like’ kan ok jangan tipu.. tapi kalau kat G+ nie korang cari button like berplohribu kali pon takkan ade.. bukak tutup bukak tutup pon takkan jumpa..Haha..So cara kita nak menyukai  ‘share wuts new’ buddies kita just dengan menekan tombol  +1 betul-betul bawah status tue.. Haaa senang kan adik-adik sekalian.. Banyak lagi yang menarik taw macam kite leh design page kita sendiri.. Chat.. Videocall.. Pastue kalau kita nak add kawan baru just tekan add dan masuk dalam circle kita.. senang.. Pasni boleh lah start melagha ngan benda alah baru nie.. Huuu..

Sampai akak-akak ofis aku nie pon dah start guna benda alah nie untuk communicate each other.. Biasalah Facebook telah di gam oleh pihak-pihak yang jeles melihat rakan sekerjanya melagha semasa officehour.. Padahal kerja dah done kot..itu pon jeles..Huh menci! Tapi hebat gak penangan kedatangan aku nie kan.. Mengintroduce benda baru kepada yang tak tahu lagi..Kembang idong seketika.. Hewhewheww..  

Ini paparan untuk Home..



Ini lak paparan page kita sendiri
Nampak..leh tagging gak taw.. Almost same with Facebook kan..



Apelagi adik abg akak semua.. 

Mari memeriahkan mengimarahkan page G+ nie tanpa perlu menunggu hari esok.. 
Jangan lupa add Yat yee..

Papaii!


Tuesday, 25 September 2012

Peloh Tanda Badan Saya Sehat



Assalamualaikum..

Hye u’oll.. Tak menahan tajuk entry kan..hahaha..pagi-pagi lagi da berpeloh..hadohyai.. Berlari tak cukup tanah nak mengejar punchkad.. takot nye merah kan.. lambat! Mana tak nye perjalanan ke tempat kerja yang dekat jadi lambat. As usuall lah kan.. tren delay .. Again and again.. keluar rumah rasa macam dah cepat tapi still sampai 8.28.. Acaner tuh?? Hahaa.. Aku rase kalau aku drift or rempit xde lah makan masa 20minit ke Raja Chulan tuh.. Aku rase lah kan.. Sebab tak pernah try laks.. ngeeee


Mood kerja tak lah meningkat mana..macam semalam gak rasenye.. Rase berkobar-kobar nak ke tempat kerja belum muncul lagi.. huhuu.. Kadang-kadang aku rase baik buat kerja yang sedia ada melambak nie kat umah je.. Xdelah aku bersusah payah nak naik turun tangga berlari berkejaran nak sampai opis kan.. xde lah aku tiap-tiap ari toleh kanan kiri cium ketiak orang kan.. tiap ari okeh! Homaigod Yat.. hahaa.. xdelah duit aku kuar meleleh bagai xditahan bila nampak lauk ikan keli masak pedas, masak pecal or masak ape-ape lah janji ikan keli kan.. slruppppp.. Dap giler ikan keli.. huuu.. Iklan jap! Sebab kerja-kerja aku skang nie bukan perlukan sign or cop rasmi mohor diraja bagai setiap hari.. So submit bila dah siap and proceed ke next month! Itu ajer.. Cuma aku xberani lah nak buat.. aku rase dalam dunia nie kalau someone sama kerja cam aku nie pon takkan berani buat lagi.. hehehe.. Lain lah kerja kat company mak pak sendirik.. Ye dak..


Malam tadi dating ngan sang putera raja hati ku yang cemerlang lagi mantap bab-bab datang awal jumpa aku..Ngeee.. Aku jer yang selalu lambat turun yang dah janji kat dia belum sampai aku dah tercongok kat garaj keta tapi itu semua aku tipu belaka.. haaa semputtt! Suka lah mana tak suka.. Dapat tengok hari-hari tiap saat pon tak ape.. Tak bohsan mahupun jemu.. hehehe.. Dia skang dah bekerjaya sebagai seorang Quantity Surveyor di syarikat yang boleh tahan gak femes nye.. Alhamdulillah rezeki dia.. Moga dapat bertahan dengan kerenah bos ya encik Syafiq! Heeeee


Penat lahh peloh pon tak ilang lagi terus ngadap lappy nak menghupdate blog! Aiyoooo.. Tingkatkan prestasi tingkatkan potensi Yat oii! Okeh aku dengarr and jumpa esok yaa.. Papai!



Hye lah lappy..kalau ko takde tak bermakna hidup aku kat ofis nie.. 
Jangan lah meragam ye mucuk.. hukhuk

Monday, 24 September 2012

Kemunculan Yang Di Nanti..Ekekee


Assalamualaikum...


Holla holla everibadi.. zappp zappp zappp ~halau nyamuk labah-labah lipas.. oppaaa.. dah bersawang belog yat neh.. apa nak jadi lah kan.. masih wujud lagi ke tuan empunya blog nie.. huhuu..
Actually aku teramat lah bizi sehingga lupa nak menghupdate entry baru.. sangat amat kot.. macam-macam hal yang berlaku sejak aku join Sl1m beberapa bulan yang lalu..ingat tak pasal entry tuh?? Hahaa.. kalau lupa boleh je refer sini..


So hari nie dan saat nie aku berjaya menyetelkan semua and aku rasa memang patut aku start aktif balik menulis blog kesayangan aku neh.. omak aihh ayat panjang berjela..huhu.. Eiiii windu nyee nak berbeloging.. windu nak touchup+hias balik blog nie bagi nampak gojes hot sket kan.. Windu nak jalan-jalan golek panjat umah blogger yang lain.. windu nak luahkan isi hati sendu sedih macam zaman mudo-mudo luluu.. hukhukkk.. Windu okeh! Ngeee..


Anyway aku still macam dulu.. ceria dikelilingi insan-insan tersayang yang sentiasa mengambil berat, memberikan sokongan padu ampuh lagi jitu kat aku.. hahaa.. Ape lagi..Tunggu kemunculan entry baru aku esok hari yaaa... Papai!






Wednesday, 9 May 2012

Relocation to Ayer Keroh Country Resort

Asslamualaikum dan selamat sejahtera untuk korang-korang semua..

Apa khabar hari nie.. Minggu nie aku agak penat sket lah geng sebab terpaksa berkejar ke sana kemari especially untuk pindah ke hostel baru..

Actually yang baru nie bukan more to hostel lah sebab nama tempat dia pon ala-ala hotel gitue.. hehe.. Aku skang nie dah tak tinggal kat hostel MMU lagi dah..Start 7hb aritue aku dah ditempatkan di Ayer Keroh Country Resort (AKCR). Beshhh gak lah.. sangat kottt... huhu.. bilik dia jangan cakap lah kan,seleeseeee u'oll... bilik air besar.. leh meniarap telentang buat gaya kuak kupu-kupu lagi.. satu bilik ada dua orang.. So roomates aku kali nie is Nurul Huda.. dak kelantan.. baikk and besh! hehe..Makanan lak jangan cita lah kan.. Gempak..pelbagai variety disediakan.. pendek cerita memenuhi sangat lah selera tempatan aku nie.. kuikuii...

Likely same with my room..huuu

Cantik kan kan..


Berenang-berenang di muara
.
.
.
.
.
.
.


Lihat betapa gembira nya muka aku 
bila kat tempat baru nie kan..muehehee


Aku harap di tempat baru aku nie aku akan lebih bersemangat nak menjalani traning yang berbaki 3minggu je lagi.. Hopefully sangat.. Thats all from me.. Jumpa lagi di next entry yaaa... Papaiii!


Monday, 7 May 2012

Warga SL1M-TM GEOP..Alhamdulillah

Assalamualaikum..
Apa khabar kawan-kawan sekalian.. Mak aihhhhh..udah lama tak menjenguk belog kesayangan aku nie.. Lama gila kott.. Bersawang -mawang tue memang wajib lah kan.. Huuu... Kembali menulis entry sebab rasa rinduuu sangat nak macam dulu-dulu.. Luahankan isi hati dengan menulis adalah salah satu benda yang membawa kebaikan taw..Dulu rajin gilak tulis diari..Ada jee benda-benda yang nak diluahkan.. Tapi skang.. Maybe kekangan masa.. dan juga banyak perkara utama yang perlu dilakukan sejak dua menjak nie.. 
So... terlanjur menge'post entry baru, meh aku cita banyak-banyak pasal hidup aku skang nie.. Teruja gak nie nak bercerita.. Hehee..

Tang mana nak start dulu yaa.. Okey.. bermula dari aku berhenti keja dulu yaa.. Yaa..aku dah berhenti keja tempat lama aku tuu, dalam erti kata lain dah tak jadi staff Tranfer Money Link Remittance lagi dah.. Aku terpaksa quit sebab biasa lah kan, dapat tawaran yang lagi better..i think so.. Quit 10hb dari company tuu.. aku cabut je kott tapi nasib baik Nana my bf tersangat baik nak antakan notis berhenti keja 24jam ptg tue gak.. Thank my dear.. Jasamu ku kenang selalu.. Actually aku kena lapor diri nak kursus tue 12hb.. Tapi aku mtk postpone atas alasan teknikal..Hehee..Mana tak nye..Tetiba kot pihak Telekom bagi e-mail 10hb tue pastu nak aku daftar 12hb.. Hagak kelam kabut lah kan, mana nak packing barang, settlekan pengangkutan lagi, belom bab bagi penerangan sejelas-jelasnya kat mak bapak aku.. Nak tak nak memang kena mintak postpone..Alhamdulillah pihak TM benarkan..

Hati memang sayu +berat ati nak tinggalkan tempat keja lama, yelahh dah rasa comfort kot, hati senang, xda mandur, dekat plak tue ngan banglo aku..muehehee.. mana tak berat.. pegi keja laks bawak bekal.. save gilak..pastue kalau kena pelanggan yang dermawan nak belanja dapatlah  makan icekem petang-petang.. uihhhhh, memang seronok! Time last day tue aku dapat salam pelok tium ngan Kak Nadia dan juga Nana je kot..yang lain xdapek den nak jumpo.. Next time lah yoo..Hehee.. Sayang korang semua..



Today aku dah berada di Multimedia University(MMU) Bukit Beruang, Melaka.. Yaaa, jadi orang Melaka lagi lah aku nampaknya..jangan sangkut ngan orang Melaka sudaaaa... Hahaa.. Actually aku dibawah Telekom Malaysia, and kalau korang nak tawu lah kan MMU nie adalah universiti Telekom.. aku baru twu kot bila jejak kaki kat sini.. muehehee.. Nama progaram yang aku masuk nie tak lain dan tak bukan ialah Skim Latihan 1 Malaysia atau nama manja nya SL1M-TM GEOP.. Sebab musabab keberadaan aku kat sini pulak adalah kerana.. heheee..Meh aku copy and paste benda alah yang akan menerangkan lagi benderang pasal program nie..=)

Programme Overview

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) – TM Graduate Employability Outreach programme (TM GEOP) or known as SL1M – TM GEOP, is one of TM’s Corporate Social Responsibilities initiatives towards developing the nation. TM-GEOP is an intensive programme consisting of soft skills training for 2 months and on-job-training for 6 months.




Wish me all the besh yaa korang sumaa.. tinggal lagi 3 minggu jee aku nak abis Soft Skill Traning niee...Chaiyok-chaiyok!

Monday, 2 April 2012

SETIA KASIH

Sekali air sungai berubah
Sekali pasirnya pun berubah
Itulah falsafah yang menjadi ikutan
Dan juga bualan

Tapi bagiku pula berbeza
Sungai mengalir tetap berliku
Yang berubah cuma adalah pasir saja
Penghujungnya muara

Hati ingin berbicara
Hati ingin merasai nikmat cinta
Yang sering diperkata

Dahan yang patah tiada bersambung lagi
Hati ku pasrah dalam mencari mimpi
Getar hatiku serta kepayahanku
Hanya kau saja sudi memahaminya

Setiaku kini hanya satu
Dan kasihku bukan lah beribu
Biar bercerai badan jasad ataupun nyawa
Aku tetap setia




Wednesday, 28 March 2012

Ku Pohon

Assalamualaikum

What's up rakan taulan blogger sekalian
....
Renungkan sejenak
....
Makin hari makin cemerlang kah hidup anda-anda semua
Hari berganti hari, bulan berganti bulan
 semakin banyak tak amal jariah yang korang
laburkan kat dunia nie..
Bertambah banyak tak pahala yang korang collect
sementara masih bernyawa nie
Kee dosa lagi banyak 
hehe

Kadang-kadang kan
kita semua terlupa tujuan sebenar
kita hidup kat muka bumi Allah 
yang Maha Esa nie
Khusuk membuat perkara yang
tidak sepatutnya dibuat
Berangan dengan impian dan cita-cita
yang tak sudah-sudah
....


Bukan nak melihat kebesaran Allah
Jarang pulak bertasbih memuji
Sang Pencipta

Yaaa.. Aku tak sengaja bersikap begitu
Maafkan hamba mu ini 
Ya Allah
Aku begitu kerdil di sisi mu
Aku hanya insan biasa
Tak punya apa-apa
Padamu ku memohon
Berilah perlindungan pada diriku
setiap masa
Ya Allah
...


....

Friday, 23 March 2012

Sedih nya Hati Ini..

Assalamualaikum..

Saya sedih...



Memang tengah sedih..sedih..sedih sangat-sangat.. Meleleh-leleh kot air mata aku malam tadi.. Yaaa.. aku dah tak cukup kuat macam dulu.. Jiwa tak seteguh dulu.. Adakah aku berubah.. Bersikap lebih sensitif, hal remeh pon nak diperbesarkan.. Benda kecik satu dunia pon nak tahu.. Ehmmmm.. Aku memang bersalah sebab ada sikap macam tuu.. Tapi harus di ingat sikap itu tak lah sehebat mana.. tak lah sampai menguji kesabaran sesetangah orang..Tidak sama sekali..

Aku mungkin memerlukan lebih perhatian atas sebab-sebab tertentu.. Mungkin memerlukan sedikit lagi curahan kasih sayang yang telah sedia ada diberikan.. Bersikap keanak-anakkan kah jika begitu? Tidak yaa.. Itu semua normal bagi seorang perempuan yang hidup jauh dari sang putera yang di cintai nya.. You know normal? Normal like usually.. sudah kebiasaan.. atau dengan erti kata lain normal like me..

Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku sangat jahat dengan sengaja mencari pasal, mencari masalah dalam hubungan nie..Menuduh begitu begini sehingga di kata cemburu buta.. Sehingga membuat sang putera marah, menyebabkan beliau tidak mahu lagi layan perasaan ini.. Sungguh..Sungguh aku tidak sengaja bersikap begitu.. Mana mungkin aku sanggup menyakiti hati orang yang aku sayang.. Tidak..


Di sini aku hanya ingin menyatakan kesedihan ku yang telah lama ku pendam.. Yaa..Kali ini aku sangat amat sedih.. Sangat amat kecewa.. Sedih dengan perasaan ini yang entah apa-apa.. Kecewa dengan perangai ini yang di kata tak berubah-ubah dari dulu..Maafkan aku.. Maafkan aku sang putera..

Tapi biarlah untuk 2,3 hari je nie aku di biarkan sendiri.. Biarlah.. Melayan perasaan yang gundah gulana ini.. Melayan jiwa yang di kata berkecamuk ini.. Cukup lah sekadar coretan ku di sini.. Dapat memberi kan beliau bayangan bagaimana keadaan ku sekarang.. Diriku ini baik-baik aja.. Just let you know, aku cukup bahagia sepanjang dengan mu.. Wahai sang putera yang ku sayang.. 

Melayan lagu Nera-Hatiku Milikmu pada saat dan ketika ini memang cukup sesuai.........



Saturday, 10 March 2012

Sayang Kau wahai sahabat..

Dear Nana..

Aku harap persahabatan kita akan kekal hingga ke akhir hayat..
Insya Allah
Ketahui lah yang aku sangat memerlukan kau dalam hidup aku.. Huuu..
Malu nak cakap banyak-banyak.. Next entry aku bebel lagi yaaa..
Actually aku tunjuk nieeee kat ko
Comelll sangat ko buat camtue..

Yang nie Muka ko dulu-dulu



Yang ni wajah terkini lagi sensasi
Menjadi pujaan para jejaka yang budiman


Hope ko akan tersenyum simpul kembang kucup
baca entry aku kali nie
Love You Damn!