Pengikut Tersayang

No Kamu

Monday, 13 February 2012

Kalau Saya......

Assalamualaikum

Khas untuk awak

Kalau saya ada kuasa PETIR, saya akan GEMURUHKAN cinta kita seperti GURUH di langit...

Kalau saya ada kuasa API, saya akan HANGATKAN cinta kita seperti KEHANGATAN api...

Kalau saya ada kuasa AIR, saya akan TENANGKAN cinta kita seperti air yang TENANG...

Kalau saya ada kuasa ANGIN, saya akan DINGINKAN cinta kita seperti KEDINGINAN angin..

Kalau saya ada kuasa TANAH, saya akan KUKUHKAN cinta kita seperti KEKUKUHAN tanah...

Kalau saya ada kuasa CAHAYA, saya akan SINARI cinta kita seperti BINTANG yang bersinar...

Kalau saya ada kuasa KEGELAPAN, saya akan GELAPKAN hati orang lain supaya orang lain TIDAK 
AKAN MENCINTAI AWAK SELAIN SAYA...

Saya sayang awak, Nik Muhd Syafiq




Pssstt: Mood gaduh-gaduh..

Thursday, 9 February 2012

Mari berteka-teki tekok....

Assalamualaikum..

Hye you all.. sihat-sihat kah semua nya..
So petang-petang ginie agak ngantuk ye aku nie skang..
sangattt kottt..
Lagi-lagi melayan warga asing yang tak sudah-sudah nak kirim duit
kat kampung halaman
banyak benorr aku tengok duit diorang nie taw. Kalah aku yang
kerja kat negara sendirik neh..huuu
Takpe, dah rezeki diorang banyak dari aku
kan kan
Lupe kan pasal rezeki customer aku!

So jom kita pekena ber-das-das teka-teki
yang aku anggap agak Hampeh mcm Haremmmkejadahh
muhehehee..


"TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!...

1)Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3)Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4)Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

5)Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

6)Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

7)Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

8)Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

9)Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

10)Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

11)Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

12)Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik..................'Selamat pagi Boss' Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni Boss'

13)Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh

14)Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

15)Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

16)Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

17)Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile
ape...

18)Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah..

pstttt~~ teka-teki teka tekok, ular mati atas pokok,apa dia?? hehehee..^_^

Friday, 3 February 2012

Comel nyeeee..

Assalamualaikum

Hati memang ngah riang gembira.. So blog memang wajib lah kan nak update selalu..hehe.. Tapi just nak tunjuk picture yang tersangattttt lahhhhh comellll.. Pada aku memang comel lah. Al-maklum lah, aku nie memang peminat kepada kucing-kucing yang comel loteyy neh.. 

Mari dekat mari usha-usha yaaa



eiiiiii..comel nyeeee...

haa, kan dah kata tadi
^_^

Thursday, 2 February 2012

Mari Membaca : Beware

Asalamualaikum

Hello everybody, ngah watpee je tuu.. Aku time-time camnie memang wajib lah kan update belog, dah tue nak soh aku update report keje? Tak kose akak nok.. hehee.. rinie aku nak story sket lah ye, about some info yang amat-amat berguna pada cik kak and adik-adik di luar sana. Hope korang akan beware pasni even perkara nie banyak kali di sebut-sebut bila memandu. So, check it outtt....


HARUS BACA !


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

PSTT~ Jaga-jaga yaa.. ade yang meratiiiiiii

Wednesday, 1 February 2012

Perasaan di Tempat Kerja

Assalamualaikum

Amacam kawan-kawan hari nie? Ada sihat kah? Udah makan ke belom..jam menunjukkan pukul 14.09, So aku hope korang semua dah take launch yaaa..Yang diet tuu teruskan diet, tapi jangan tak makan langsung taw taw..nasihat ikhlas daripada pakar busy body.. ngeee.. Kali nie aku nak story- story lah sket kenapa aku leh menggatal balik nak tulis beloghhh neh.

Aku hari nie dah masuk hari ke-3 ditempat kerja. Masih kerja di tempat lama kah? Jadi casher lagi kah? Oh baby baby #lagu aizat.. Sudah lama ku tidak bekerja di Pam Minyak itu hari..ngeee.. Actually aku dapat bertahan cuma dua minggu jee..Jangan tak percaya because Yat tak pernah membongak.. hehe..

Why?Why? Why Yat? Okeh my dear..let me explain yaa.. Sebenarnya seronok kerja kat situe, dapat uniform free, dapat baca majalah free and especially dapat jumpa ramai orang.. di ulangi ramaiiiiii oranggggg..haa, hambek ko nak tekankan sangat keramaian nye.. hehe
Kadang-kadang bile dah too much nie menyesakkan kan.. Maybe pam minyak tempat aku kerja tue terletak kat tempat strategik, so sebab tue dari jauh orang dah nampak lah kan.. Isteri berkata tiba-tiba, Homaigodd, pam minyak lah bang, jom isi minyak jom..abang jawab kan tadi nak kuar baru isi yang.. isteri membalas, alah..dah luak satu takat minyak tue bang, kang benti tengah jalan kang,kang.. ngeee..#senyum kambing because si suami benti jugak.. Yes! Tercapai hajat isteri nak beli air Twister..huuuu

Okeh..okeh..aku as a casher perlu melayan untuk orang yang nak isi minyak dan beli macam-macam benda alah kat Kedai Mesra. Nak tak nak kena melayan kedua-duanya.. Selalu sangat pening-pening bukan pening nak muntah tue taw tapi pening mana satu nak dilayan dulu.. Hadohhaiii.. Kena marah tue memang dah selalu sangat lah kan.. Dipanggil 'pekak ke haa' tue dah sebati dalam diri ku ini..Dasyat kan.. Itu lah antara sebab kenapa aku quit selain dari sebab musabab yang lagi lah maha dasyat.. di mana aku terpaksa rahsiakan.. 

Akhirnya aku terpaksa angkat kaki dan pergi jauh-jauh dari pam minyak tue.. Ewah..Hehe.. Itu lah cerita aku kawan-kawan semua.. cukup kot untuk entry kali nie, next time akan ku cerita kan lagi pasal sebab musabab aku kembali berblog yaa

Picture untuk kawan-kawan, rasa ngantuk bila pas makan kan..why arr why..ngee
Hope bila korang tertido tuu muka korang secomel ini




Lastly, tomorow never die kawan-kawan, so selagi kita ada pilihan yang lebih baik dan memuaskan tak slah kita mencuba untuk dapatkan nya. Papai =)