Pengikut Tersayang

No Kamu

Thursday, 29 November 2012

My Housemates


Assalamualaikum..

Sekarang bercerita pulak pasal teman seperjuangan aka housemate aku aka akak-akak penasihat terunggul aku. Hehee.. Start masuk Sl1m ritue~maleh nye nak menyebut perkataan sl1m nie, tawar hati~ diorang lah kawan sesenang dan sesusah aku kat keyyell nie. Nak kata takde sedara ramai jek makcik pakcik dok keyel nie tapi tah napa aku tak tergerak pon nak jenguk or melawat diorang. Ehmmm.. diorang pon tak mempelawa aku dok ngan diorang pon.. kalau diorang pelawa aku nak jek tinggal 2,3 hari melepak kat umah diorang. Tah lah weyhh.. lagipon aku lagi senang bawa diri hidup berdikari sikit jangan nak manja sangat cik kak oi cuba jadi orang dewasa! Ewahh emo plak tetiba.. hahaha..

Houmates aku nie pangkat akak – akak semua sebab diorang lebih berumur sikit dari aku. Tapi semua taknak aku panggil diorang akak.. Why arr.. Besh per panggil akak sebab macam dah dekat jer nak kawin gituh. Hahaa.. gatal!

Yang paling senior merangkap kak long kawasan umah aku lah tue kan.. hehe.. Imsahaida bt Mohd Naim diberi nama (EIM). Berumur 26 tahun dan berasal dari Machang Monte Carlo.. Cantik orangnya tapi sayang telah dimiliki secara non official beberapa bulan yang lepas. Terlepas nak jadikan akak ipar. Wahh.. Heee..

Kak Ngah plak bernama Nurul Huda Bt Yusoff (HUDA). Berumur 25 tahun muda belia lagi dan masih di atas pagar samada di hati sudah berpunya atau belom.. Huh.. Berahsia sungguh kakak sorang nie. Berasal dari Tumpat Los Angeles. Haihh.. Overseas belaka. ;p

Yang ketiga nie plak tak tawu lah aku nak gelarkan dia kak ape.. Kak Teh mungkin sesuai kot.. Kamilah Bt Kasim tuan empunya nama (MILA). Berumur 24 tahun dan mempunyai adik yang ramai. Tak ingat aku yang mana satu aku nak bayangkan bila dia bercerita tentang adik nya. Rezeki family besar, bahagia macam aku.. heee.. Pon berasal dari overseas, Kuala Terengganu Cape Town.

Tiga orang nie semua kelulusan UUM Sintok Kedah.. kira junior abang dan kakak aku lah nie.. Aku sorang je dari Uitm tapi dulu ada sorang dak umah aku nama Izzati, dia dulu pon graduateUitm, Finance gak..skarang dia dah quit and dapat kerja kat Tabung Haji. Bagus dia kuar awal. Tepat keputusan dia! So bila diorang borak borak sesama tak kisah lah pasal U ke pasal makanan ke pasal hati perasaan ke aku mampu melopong je sebab satu yang diorang cerita tue aku tak kenal tapi diorang semua kenal, dan kedua sebab terutama mungkin aku dok menganga coz diorang terlalu laju dan pantas berkata-kata sehingga aku tak dapat tangkap apa yang diorang cakap. Walahhh! Maybe aku perlu menelan berbotol budu dan berbatang keropok lekor baru leh bersaing hebat bercakap ngan diorang.. Hewheww..

Diorang nie baik-baik belaka.. semak sokmo.. wahh.. sentiasa menghulurkan bantuan bila aku memerlukan. Kadang –kadang aku memang tak nafikan aku banyak spend masa ngan Encik Syafiq tapi diorang tak pernah pulaukan aku, taknak kawan ngan aku.. Hee.. kami bergelak ketawa, sedih sesama dan kadang-kadang menjerit sama-sama pon yee. Dah nama pon satu umah kan. Kemana je kami boleh dikatakan sentiasa bersama, selamanyaa selamanya selamanya Harimau Malaya..Oleleleelaa oooo oleleleelaa hahahahaha.. Auwmmm.. Eh nasib baik Malaysia menang lawan Loas malam tadi kan.. Aku lah tue yang memakak tak hingat menjerit-jerit suruh si Safee Sali golkan. Dah payah sangat sepak tanduk tak gol. Geram taw. Huh..


Jom layan pict yang sempat di snap snap snap..










 Okeh korang.. Papaiii... ^_^

Misi Utama Terkubur (Nada Sedih)

Assalamualaikum..


Eh ehh.. dah lame puloks tak menghupdate cerita terbaru kat sini kan.. windu lahh.. heeee... Nak kata bizi memanjang tak de lah sangat sebab start dua minggu yang lepas aku dah takde kerja nak disudahkan. Melangak jer datang kerja. Maybe bizi mencari kerja sebagai misi utama untuk datang kerja.

30 november nie aku dah tamat contract ngn Telekom. Khabar buruk melanda sebab pihak pengurusan tak dapat sambung kontrak aku dan rakan-rakan yang lain. Sangat  sedih wey! Katanya pembekuan untuk pengambilan luar ke telekom terpaksa dikuatkuasa atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Walah walahh.. aku n the geng memang sentap tak hingat lah bila dapat email pembekuan tue. Mana tak nya benda yang diharap sangat sejak kami join SL1M nie tak terkabul. ;(

Selingan jap gambar penghibur hati yang lara.. Taken on 24 November kat Sungai Changkit kot ape tah nama sungai tue aku tak ingat.. masa nie konon nak buat renion for Slimiansss yang tinggal sekerat dua jek nie.. Huehuehuee..



Okeh balik tajuk utama..


Orang tua-tua aku pesan ada 3 sebab kenapa doa yang selama nie kita hajat kita mohon masih tidak termakbul lagi, lebih kepada Allah masih simpan doa kita tue. Sebab pertama kerana jika Allah makbulkan hajat kita mungkin perkara yang kita inginkan tue mendatangkan mudarat kepada kita. Sikit kebaikan dan lebih banyak keburukan kepada kita. Menjadikan kita lebih jauh dari-Nya. Sebab kedua mungkin hajat yang kita pinta tue tidak setanding dengan qada dan qadar yang Allah tentukan untuk kita. Allah maha mengetahui mana yang terbaik untuk masa hadapan nanti. Allah mahu beri kita yang lagi baik dari apa yang kita hendaki. And the last reason why your ‘doa’ still tak termakbul lagi mungkin kerana sejarah atau masa silam kita. Kita pernah mengecewakan orang, lebih kepada perasaan sesama manusia terutama mak bapak kita. So cepat-cepat mintak ampun dan jaga hubungan sesama manusia. Haaa jelas sekarang.. Uwaaa.. ada hikmah disebailk semua nie kan..  ;(

Member aku semua memang maha dansyat lah mencari kerja skang.. setiap hari attend interview. Ada sorang tue pagi petang pergi interview. Punyalah nak kerja tue kan. Aku tak terkecuali lah mencari kerja dan pergi gak lah interview itupon kalau dipanggil. Huhu.. untuk korang yang dah ada pendapatan kerja tetap skang nie tadah tangan lah cepat-cepat bersyukur kepada Nya sebab korang antara insan terpilih sebab rezeki setiap bulan dah ada. Aku till now masih mencari dan mencari lubuk-lubuk kerja yang boleh buat aku bahagia pagi dan petang, stress kat tempat kerja tak ape jangan terbawa sampai ke rumah.. ewahh. . Nampak tak nada memilih tue.. hahaa.. juz kidding!


Jauh kat sudut hati aku nie memang masih berharap dapat serap jadi permanent sampai lah saat nie aku tak berhenti berharap. tapi dalam masa yang sama aku kene terima dan redha dengan setiap apa yang ditentukan Allah. Petik kata-kata sorang member SL1M aku 2hari lepas......





Okey lah sayang sayang sekalian.. Cukup lah kot aku coretkan sikit sebanyak tidak  kisah aku tok bulan nie.. wait for the next entry yaaa! Papaiiii...


Friday, 9 November 2012

Pemadangan Yang Tersangat lah Awesome!

Assalamualaikum...


Ehhh..Rasa rindu pulak kat belog nie.. Dah lama tak mengupdate entry baru.. Asyik membalas kunjungan and baca-baca entry rakan blogger yang lain je.. Kang bersarang balik blog aku nie aihh.. Hehehe..

Aku ase kali nie aku nak bagi mata-mata korang terbeliak sket tengok gambar -gambar yang aku dapat dari inbox aku semalam.. Hagak terhebat lah aku rasa sape yang tangkap gambar nie.. Mantop..

So lets check it aaauttt..............




















Sangat terbaikkk!!!