Pengikut Tersayang

No Kamu

Thursday, 29 November 2012

My Housemates


Assalamualaikum..

Sekarang bercerita pulak pasal teman seperjuangan aka housemate aku aka akak-akak penasihat terunggul aku. Hehee.. Start masuk Sl1m ritue~maleh nye nak menyebut perkataan sl1m nie, tawar hati~ diorang lah kawan sesenang dan sesusah aku kat keyyell nie. Nak kata takde sedara ramai jek makcik pakcik dok keyel nie tapi tah napa aku tak tergerak pon nak jenguk or melawat diorang. Ehmmm.. diorang pon tak mempelawa aku dok ngan diorang pon.. kalau diorang pelawa aku nak jek tinggal 2,3 hari melepak kat umah diorang. Tah lah weyhh.. lagipon aku lagi senang bawa diri hidup berdikari sikit jangan nak manja sangat cik kak oi cuba jadi orang dewasa! Ewahh emo plak tetiba.. hahaha..

Houmates aku nie pangkat akak – akak semua sebab diorang lebih berumur sikit dari aku. Tapi semua taknak aku panggil diorang akak.. Why arr.. Besh per panggil akak sebab macam dah dekat jer nak kawin gituh. Hahaa.. gatal!

Yang paling senior merangkap kak long kawasan umah aku lah tue kan.. hehe.. Imsahaida bt Mohd Naim diberi nama (EIM). Berumur 26 tahun dan berasal dari Machang Monte Carlo.. Cantik orangnya tapi sayang telah dimiliki secara non official beberapa bulan yang lepas. Terlepas nak jadikan akak ipar. Wahh.. Heee..

Kak Ngah plak bernama Nurul Huda Bt Yusoff (HUDA). Berumur 25 tahun muda belia lagi dan masih di atas pagar samada di hati sudah berpunya atau belom.. Huh.. Berahsia sungguh kakak sorang nie. Berasal dari Tumpat Los Angeles. Haihh.. Overseas belaka. ;p

Yang ketiga nie plak tak tawu lah aku nak gelarkan dia kak ape.. Kak Teh mungkin sesuai kot.. Kamilah Bt Kasim tuan empunya nama (MILA). Berumur 24 tahun dan mempunyai adik yang ramai. Tak ingat aku yang mana satu aku nak bayangkan bila dia bercerita tentang adik nya. Rezeki family besar, bahagia macam aku.. heee.. Pon berasal dari overseas, Kuala Terengganu Cape Town.

Tiga orang nie semua kelulusan UUM Sintok Kedah.. kira junior abang dan kakak aku lah nie.. Aku sorang je dari Uitm tapi dulu ada sorang dak umah aku nama Izzati, dia dulu pon graduateUitm, Finance gak..skarang dia dah quit and dapat kerja kat Tabung Haji. Bagus dia kuar awal. Tepat keputusan dia! So bila diorang borak borak sesama tak kisah lah pasal U ke pasal makanan ke pasal hati perasaan ke aku mampu melopong je sebab satu yang diorang cerita tue aku tak kenal tapi diorang semua kenal, dan kedua sebab terutama mungkin aku dok menganga coz diorang terlalu laju dan pantas berkata-kata sehingga aku tak dapat tangkap apa yang diorang cakap. Walahhh! Maybe aku perlu menelan berbotol budu dan berbatang keropok lekor baru leh bersaing hebat bercakap ngan diorang.. Hewheww..

Diorang nie baik-baik belaka.. semak sokmo.. wahh.. sentiasa menghulurkan bantuan bila aku memerlukan. Kadang –kadang aku memang tak nafikan aku banyak spend masa ngan Encik Syafiq tapi diorang tak pernah pulaukan aku, taknak kawan ngan aku.. Hee.. kami bergelak ketawa, sedih sesama dan kadang-kadang menjerit sama-sama pon yee. Dah nama pon satu umah kan. Kemana je kami boleh dikatakan sentiasa bersama, selamanyaa selamanya selamanya Harimau Malaya..Oleleleelaa oooo oleleleelaa hahahahaha.. Auwmmm.. Eh nasib baik Malaysia menang lawan Loas malam tadi kan.. Aku lah tue yang memakak tak hingat menjerit-jerit suruh si Safee Sali golkan. Dah payah sangat sepak tanduk tak gol. Geram taw. Huh..


Jom layan pict yang sempat di snap snap snap..










 Okeh korang.. Papaiii... ^_^

2 comments:

♥ sitifarhana ♥ said...

bila tgk korg berempat mcm ni, teringat lak kat eein dgn nani//kikiki

cik mun said...

macam model dah ni..hihi